Friday, February 4, 2011

INFO- sinalau bakas


Apa itu SINALAU BAKAS?Semasa perjalanan ke Kundasang saya ada ternampak satu papan tanda bertulis 'SINALAU BAKAS'.Pada mulanya saya sangkakan SINALAU BAKAS ini nama suatu tempat.Namun tidak lama kemudian saya nampak lagi papan tanda yang sama. Apa itu SINALAU BAKAS?Rupa-rupanya sinalau bakas bermaksud BABI PANGGANG dalam bahasa kadazan dusun.Sepanjang jalan ke kundasang terdapat banyak gerai menjual SINALAU BAKAS.Bagi orang yang berasal dari semenanjung seperti saya ini keadaan ini sangat pelik kerana di semenanjung daging babi jarang dijual secara terbuka.Keadaan gerai yang serupa seperti GERAI GORENG PISANG ini pastinya boleh membuatkan orang yang naif seperti saya ini keliru.Mesej ini dituju khas untuk orang yang tidak tahu maksud SINALAU BAKAS atau lebih tepat BABI PANGGANG.

No comments:

Post a Comment