Sunday, February 13, 2011

NO THAIPUSAM @t SABAH

Bila tengok suratkhabar,dekat Facebook Thaipusam tahun ini di sambut meriah oleh semua kaum di Malaysia.Maklumlahyang bukan agama Hindu pun tumpang sekaki gembira sebab dapat cuti.Ops cuti umum Thaipusam hanya di semenanjung sahaja BUKAN di Sabah.Bila saya dapat tahu perkara ini saya rasa amat terkejut dan teramat kecewa kerana tidak dapat CUTI.HAHA.
tak cuti mungkin sebab  dekat borneo tak ade kuil macam kat Batu Caves kot


Tetapi perkara bukan lah sangat menghairankan pun.Kaum India adalah kaum minoriti dekat Sabah dan Sarawak.Kaum terbesar di Sabah adalah kaum  DUSUN dan di Sarawak pula IBAN.Perayaan bagi Dusun PESTA KEAMATAN dan bagi Iban pula HARI GAWAI.Oleh itu,Hari Gawai merupakan CUTI UMUM di Borneo.Pesta Keamatan memang menarik.Mungkin akan datang saya akan cerita mengenai salah satu acara semasa Pesta Keamatan yang melibatkan gadis-gadis dusun yang SANGAT cantik bah!

Friday, February 4, 2011

INFO- sinalau bakas


Apa itu SINALAU BAKAS?Semasa perjalanan ke Kundasang saya ada ternampak satu papan tanda bertulis 'SINALAU BAKAS'.Pada mulanya saya sangkakan SINALAU BAKAS ini nama suatu tempat.Namun tidak lama kemudian saya nampak lagi papan tanda yang sama. Apa itu SINALAU BAKAS?Rupa-rupanya sinalau bakas bermaksud BABI PANGGANG dalam bahasa kadazan dusun.Sepanjang jalan ke kundasang terdapat banyak gerai menjual SINALAU BAKAS.Bagi orang yang berasal dari semenanjung seperti saya ini keadaan ini sangat pelik kerana di semenanjung daging babi jarang dijual secara terbuka.Keadaan gerai yang serupa seperti GERAI GORENG PISANG ini pastinya boleh membuatkan orang yang naif seperti saya ini keliru.Mesej ini dituju khas untuk orang yang tidak tahu maksud SINALAU BAKAS atau lebih tepat BABI PANGGANG.