Tuesday, March 15, 2011

Menkagumi Penganut Kristian di Sabah

Sepanjang  saya berkelana di bumi Sabah yang cantik ini ,pelbagai jenis gereja saya lihat.Gereja jesus Benar,Gereja SDA,Gereja Roman Katholik.Tidak terkira jumlahnya.Dan di Sabah ini juga saya belajar tentang beberapa perkara tentang Kristian.Tetapi ini tidak bermakna saya dah bertukar agama Kristian.Di kelilingi rakan-rakan di Sabah yang kebanyakkan beragama Kristian membuatkan ilmu tentang agama Kristian tersebar secara tidak langsung.Subjek etika dan ahlak juga menyumbangkan banyak maklumat tentang agama Kristian.Dari segi beberapa aspek saya amat mengakagumi penganut Kristian di Sabah.

Penganut Agama Kristian Yang Alim
Saya bercerita berdasarkan apa yang saya lihat dan berdasarkan pengalaman menetap di Sabah.Penganut Kristian di sini jarang gagal menghadirkan diri ke gereja setiap minggu.Saya ingat lagi memang susah kalau  hendak membuat perbincangan kumpulan pada hari Sabtu atau Ahad sekiranya kumpulan saya mempunyai ahli yang beragama Kristian.Ini kerana Sabtu dan Ahad adalah waktu mereka ke gereja.Baru-baru ini rakan satu kursus dengan saya tidak hadir ke makan malam tahunan kursus( Annual Course Dinner) kerana mengahadiri diri ke gereja.Pernah juga semasa saya mebelek-belek telefon bimbit sahabat saya yang beragama Kristian penuh dengan lagu agama Kristian dan jiran saya di Sabah pula sentiasa meletakkan kitab Bible di sebelah katilnya. Alangkah bagus sekiranya kita umat Islam memenuhi telefon bimbit kita dengan lagu nasyid dan memenuhi surau-surau dan masjid berdekatan yang sememangnya semakin kurang  jemaahnya dan mengamalkan pembacaan Al-Quran yang semakin kita lupakan.

Sangat Mamahami Agama Islam
Ya betul mereka amat memahami Islam walaupun tidak secara mendalam.Ada seorang kawan  saya ini yang beragama Kristian selalu menunggu rakan-rakanya di depan surau kerana hampir semua rakannya adalah beragama Islam.Sekiranya saya keluar bersama rakan-rakan agama Kristian mereka selalunya tidak kisah menunggu semasa waktu solat .Pernah juga seorang sahabat saya bercakap mengenai sistem perbankan Islam  lebih dari ilmu pengetahuan saya sendiri!Selain itu mereka juga sangat menghormati kami ketika berpuasa dan  bukanlah suatu yang menghairankan sekiranya ada antara mereka yang pernah bepuasa.Alice(bukan nama sebenar) seorang gadis comel yang beragama Kristian sering saya gelar dia 'Cina murtad' (hanya gurauan antara kami) sebab dia tahu membaca doa makan dan banyak mengetahui tentang Islam.Selain itu dia juga tidak lupa mengucapkan selamat Hari Raya kepada saya dan ada beberapa perkara lain mengapa saya menggelar dia dengan 'nama' itu.

Pelbagai Mazhab Tetapi Bersatu
Seperti yang saya katakan tadi agama Kristian mempunyai pelbagai mazhab seperti Jesus Benar,SDA,Katholik dan lain-lain lagi.Apa yang mengkagumkan saya ialah mereka tidak bergaduh walaupun berlainan mazhab malahan gereja mereka didirikan berdekatan antara satu sama lain.Berbeza dengan umat Islam yang bergaduh disebabkan berlainan mazhab contoh paling senang dapat dilihat ialah di Iraq.Puak Sunni dan Syiah saling berbunuh antara satu sama lain.Kalau di Malaysia pula kita dapat lihat umat Islam yang semazhab pun bergaduh hanya sebab politik.Ingat pesanan Rasullah kita umat Islam adalah bersaudara jangan berpecah walau apa sebab sekalipun.

Kesimpulan
Saya menulis bukan sebab membanggakan agama orang lain dan saya juga bukanlah seorang yang suka membuat perbandingan.Tetapi rasanya tidak salah mencontohi kebaikkan agama lain walaupun sebenarnya agama kita sendiri telah mengajar benda-benda macam ini.
  
Di Sabah perbezaan agama bukan suatu masalah